Monday, February 16, 2009

hamlet versi AKRAB ( part 2 )

disambung semula selepas membaca kenyataan kroni kutu yang merantau
ada lagi ka AKRAB? boleh lagi ka nak masuk FTM tahun ni? dengan... ( baik aku sorang yg tau )

aku cuma tersenyum sambil membalas sapaan cewek comel diruang siber ni

persoalannya kenapa kenyataan begitu terpacul dari dia? apa yang dah jadi?

bukannya aku hendak membuka pekung grup "kesayangan" kedah ini, bukan...
aku cuma ingin mengenal pasti penyakitnya
agar dapat dicari ubatnya...


kalau macam tu, kita la hamlet dalam AKRAB ni, kata kroni kutu sambil menyiapkan puisinya yang persis pantun KJ semasa perhimpunan agong

pasai pa hang kata macam tu?

sebab aku sayang AKRAB

aku tersenyum lagi...

aku rasa, elemen khatarsism terlalu kuat la, mungkin kena lari sikit
orang dah pernah tengok
cuma, setiap kali kedah masuk, ism yang sama jugak masuk, disolekkan lagi tebal
kira kereta yang sama jugak, makeupnya makin canggih

maksud hang AKRAB dah tak best?

bukan, cuma kena salin kulit...

payah la macam tu...

tu aku tak masuk bab nationalism dalam AKRAB lagi tu

ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha, kenyataan itu menyebabkan kami tergelak besar





bersambung

No comments:

Post a Comment